web analytics

Nama khat ini diambil daripada perkataan bahla yaitu sebuah tempat yang terletak antara Hamazan, Asfahan dan Azerbaijan. Khat Farisi dicipta oleh Mir Ali Al- Tibrazi dan kemudian diperindah oleh Imaduddin Al- Syirazi. Ia digunakan dengan meluas oleh masyarakat Iran yang diketahui sejak dahulu amat berminat dengan kesenian yang merupakan warisan turun temurun datuk nenek mereka. Mereka begitu mahir dan cekap dari segi penggunaannya sehingga menjadikan tulisan tulisan khat ini sebagai tulisan yang mempunyai ciri–ciri tersendiri pada orang Iran dan terkenal sehingga hari ini dengan nama Khat Farisi (iaitu nisbah kepada bangsa Iran sendiri). 

Khat ini mempunyai bentuk yang cantik, hurufnya sangat menarik, tidak berbaris, tidak tersusun, sama seperti bentuk Riqa’ah. Keindahan khat Farisi terletak pada bentuk lengkungnya yang menarik, kurang garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan dan memanjang. Khat ini juga dikenali dengan khat Nasta’liq (yaitu gabungan antara Nasakh dan Ta’liq).

By Mudir

Segala informasi terkait ma'had Al-Jamiah IAIN Syekh Nurjati Cirebon

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *