web analytics

  1. Kepentingan Mempelajari Seni Khat

  1. Kepentingan Kepada Individu: 
  1. Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna.
  2. Khat juga merupakan sumber rezeki kepada orang yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini. 
  3. Orang yang mencintai khat mempunyai perasaan dan jiwa yang halus serta yakin.
  1. Kepentingan Kepada Masyarakat: 
  1. Khat digunakan untuk menulis pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar, majalah dan sebagainya.
  2. Khat ditulis pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, jalan-jalan dan sekolah-sekolah. 
  3. Khat adalah alat pemindahan ilmu turas (ilmu warisan) dan ilmu pengetahuan. Ia dapat dibuktikan apabila kitab-kitab itu dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulisan yang pelbagai jenis semenjak dahulu. 
  1. Tujuan Mempelajari Seni Khat 

  1. Memelihara al-Quran dengan tulisan.
  2. Menjunjung wahyu Ilahi 
  3. Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.
  4. Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan muslimin sejagat. 

By Mudir

Segala informasi terkait ma'had Al-Jamiah IAIN Syekh Nurjati Cirebon

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *